Medical Card: 4 Sebab Utama Kenapa Anak Anak Perlu Ada

Selepas Covid 19 melanda, dunia menyaksikan kemunculan pelbagai virus yang mengancam kesihatan awam.

Antara yang paling terdedah terhadap jangkitan ini adalah kanak-kanak, di mana sistem imun mereka yang sedang berkembang mungkin menghadapi kesulitan untuk melawan penyakit dan virus ini.

Dalam konteks realiti kini, telah menjadi suatu kemestian dan keutamaan bagi ibu bapa untuk memastikan bahawa mereka mempunyai pelan perubatan komprehensif untuk penjagaan kesihatan anak-anak.

Dalam artikel ini, kami meneroka empat sebab kukuh mengapa ibu bapa perlu memberi keutamaan mendapatkan Medical Card untuk anak anak.

1. Terdedah kepada penyakit

Kanak-kanak secara semulajadi lebih mudah terdedah kepada jangkitan, termasuk penyakit biasa dan virus-virus baharu.

Selepas pandemik COVID-19, kita dapat melihat terdapat banyak kes kes yang melibatkan kanak kanak seperti Influenza A, Respiratory Syncytial Virus (RSV), Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD).

Walaupun kebanyakan kes dalam kalangan kanak-kanak bersifat ringan dan dapat sembuh dalam masa yang singkat, namun, risiko potensi masih menjadi kebimbangan.

Dengan adanya Medical Card, akses kepada rawatan dapat diberikan tepat pada masanya tanpa perlu menunggu lama, sekiranya anak anak dijangkiti.

2. Pergaulan di nurseri, tadika dan sekolah

Pada waktu kini, ramai daripada ibu bapa bekerja di luar rumah dan menghantar anak anak ke nurseri atau taska menjadi pilihan utama.

Pilihan ini membolehkan anak anak meningkatkan kemahiran sosial dan memberikan pembelajaran yang berharga.

Namun, dalam masa yang sama, ianya juga mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh hubungan rapat dengan rakan sebaya.

Risiko ini tidak dapat tidak, adalah sesuatu yang berada di luar kawalan.

Medical Card berfungsi sebagai perisai, menyediakan akses segera kepada perundingan perubatan dan rawatan, apabila diperlukan.

3. Keselesaan dan privasi

Hospital kerajaan, tidak dapat dinafikan merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan rawatan dan kebanyakan pakar pakar perubatan ada di hospital kerajaan.

Walaubagaimanapun, hospital kerajaan boleh menjadi sangat sesak dan kualiti penjagaan mungkin berbeza-beza bergantung kepada jumlah pesakit yang dirawat.

Hospital swasta, di sisi lain, memberikan pilihan kepada ibu bapa yang mencari persekitaran yang lebih selesa dan lebih Privacy untuk keperluan perubatan anak-anak mereka.

Bagi wanita Muslim, persekitaran yang lebih Privacy adalah amat penting bagi memastikan aurat terjaga.

Dengan adanya Medical Card, ibu bapa dapat mengakses rangkaian fasiliti penjagaan kesihatan di hospital hospital panel, membolehkan mereka memilih persekitaran yang paling sesuai untuk rawatan anak-anak mereka.

Tambahan pula, hospital swasta sering menawarkan bilik-bilik yang khas dan kemudahan yang dapat meningkatkan pengalaman dan keselesaan keseluruhan untuk kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.

4. Ibu bapa lebih tenang bila menghadapi ujian

Penyakit serius boleh melanda tanpa diduga, boleh menyebabkan tekanan emosi dan beban kewangan bagi ibu bapa.

Bil perubatan yang berkaitan dengan rawatan dan tempoh rawatan boleh meningkat dengan cepat, meninggalkan keluarga dalam keadaan kewangan yang sukar.

Memiliki Medical Card dapat membantu ibu bapa bersedia secara kewangan untuk menghadapi keadaan sedemikian.

Dalam menghadapi waktu waktu yang sukar, dengan adanya Medical Card, ianya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung ibu bapa terutama  dalam aspek kewangan.

Kesimpulan

4 Sebab Kenapa Anak Perlu Ada Medical Card?

Setiap Ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak anak. Bagi ibu bapa, anak adalah segalanya.

Memiliki Medical Card dan Plan Takaful adalah satu pelaburan terbaik, bukan sahaja untuk anak anak, malah ianya memberi manfaat kepada Ibu bapa

Namun, dalam masa yang sama, pilihan Medical Card perlulah bersesuaian dengan bajet dan keperluan ibu bapa.

Ini bagi memastikan ibu bapa tidak terbeban dengan komitmen caruman dan dalam masa yang sama memastikan perlindungan yang berterusan dan terjamin untuk anak anak.

Akhir sekali, sebagai hamba Allah yang beriman dan berpegang pada tauhid, kita hanya berusaha dengan kudrat dan kurniaan Allah. Allah jualah yang menyembuhkan dan melindungi kita dengan izinNya.


Pilih Medical Card Terbaik Untuk Anak yang bersesuaian dengan bajet, keperluan dan objektif kewangan Ibu Ayah. KLIK DI SINI. Pilihan daripada 9 Syarikat Takaful di Malaysia

Scroll to Top