Mungkin anda berfikir bahawa semua Medical Card yang ada di pasaran sama saja fungsinya, iaitu membantu anda untuk menampung bil rawatan dan kos perubatan di hospital hospital swasta.
Walaupun tujuan dan fungsi Medical Card kebanyakannya adalah sama, namun terdapat dua jenis di psaran iaitu Medical Card iaitu Standalone dan Medical Rider. Kedua duanya mempunyai perbezaan dari segi perlindungan, caruman serta kelebihan dan kekurangan.
Perbezaan Medical Card Standalone dan Medical Rider
Untuk memudakan kefahaman anda, saya ringkaskan perbezaan di antara kedua dua Medical Card ini. Rujuk jadual di bawah.
Fungsi | Medical Card Standalone | Medical rider |
Definisi dan Fungsi | Medical Card individu yang hanya melindungi kos perubatan dan pembedahan di hospital sahaja. | Medical Card yang disertakan bersama dengan Plan Takaful Hayat (Life) dan mempunyai elemen simpanan dan pelaburan. |
Caruman | – Lebih murah daripada Medical Rider – Caruman meningkat bergantung kepada umur dan kenaikan kos perubatan | – Lebih tinggi daripada Standalone– Caruman kebiasaannya kekal |
Bajet | Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad | Sesuai untuk mereka yang mempunyai lebihan dan ingin ada sedikit elemen simpanan |
Kelebihan | Caruman yang murah | – Caruman kebiasaannya kekal dan tidak meningkat – Ada simpanan / cash value – Anda boleh keluarkan simpanan / cash value bila perlu* |
Kekurangan | – Caruman meningkat bergantung kepada umur dan kos perubatan – Tiada simpanan – Hanya melindungi kos perubatan dan pembedahan di hospital sahaja | – Caruman lebih tinggi – Walaupun cash value boleh dikeluarkan, ianya akan beri impak kepada kadar caruman |
Kini anda sudahpun memahami sedikit sebanyak perbezaaan di antara Medical Card Standalone dan Medical Rider. Saya akan jelaskan tentang perbezaan tersebut dengan lebih jelas.
Penjelasan Tentang Medical Card Standalone dan Medical Rider
1. Definisi dan Fungsi
Medical Card Standalone
Medical Card Standalone adalah plan Medical Card yang melindungi kos perubatan dan pembedahan di hospital swasta.
Medical Card ini tidak disertakan bersama dengan plan Takaful Hayat atau Plan Investment-Linked.
Medical Rider
Medical Rider adalah manfaat tambahan yang disertakan bersama plan Takaful hayat atau Plan Investment-Linked.
Selain daripada manfaat medical card, anda boleh menambah manfaat manfaat perlindungan yang lain di dalam Plan Takaful Hayat atau Plan Investment-Linked seperti manfaat Penyakit Kritikal.
Sekiranya anda diserang Penyakit Kritikal seperti kanser, strok, sakit jantung dan disahkan oleh doktor, anda boleh menerima manfaat Penyakit Kritikal yang disertakan bersama di dalam Plan Takaful Hayat anda.
2. Caruman
Medical Card Standalone
Secara amnya, caruman untuk Medical Card Stanalone adalah lebih murah berbanding dengan Medical Card RIder.
Ini adalah kerana perlindungan Medical Card Standalone hanya terhad kepada kos perubatan dan pembedahan di hospital swasta, dan tiada elemen simpanan.
Walaubagaimanapun, caruman ini akan meningkat dari masa ke semasa atas 2 faktor berikut:
Umur:
Risiko kesihatan akan semangkit meningkat bersama dengan umur dan kemungkinan untuk anda menerima rawatan di hospital adalah lebih tinggi.
Atas sebab risiko ini, caruman Takaful anda akan meningkat mengikut umur. Secara amnya, kadar caruman akan meningkat setiap 5 tahun.
Inflasi Kos Perubatan:
Kos perubatan akan meningkat dari tahun ke tahun dan ini akan menyebabkan jumlah caruman anda turut meningkat untuk menampung keperluan Tabung.
Sebagai contoh, kos pembedahan ACL pada tahun 2010 adalah sekitar RM10,000 ke RM15,000.
Pada tahun 2023, purata kos pembedahan ACL adalah sekitar RM20,000 ke RM30,000. Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan kadar inflasi kos perubatan tertinggi di negara ASEAN.
Medical Rider
Berbanding dengan Medical Card Standalone, caruman bagi Medical Card Rider adalah lebih tinggi.
Ini adalah kerana Medical Card Rider merupakan manfaat tambahan yang disertakan bersama dengan Plan Takaful Hayat yang mempunyai elemen simpanan dan pelaburan.
Sebahagian daripada caruman anda akan dilaburkan ke dalam pelaburan patuh shariah yang dikendalikan oleh Syarikat Takaful.
Caruman bagi Medical Card Rider mungkin lebih tinggi berbanding Medical Card Standalone, tetapi kadar caruman kebiasaanya akan kekal.
3. Bajet
Medical Card Standalone
Dengan kadar caruman yang rendah, Medical Card Standalone sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad.
Dalam mencari plan Takaful, kemampuan dan bajet adalah lebih penting daripada kehendak. Ini adalah kerana, Takaful merupakan komitmen jangka masa panjang.
Sekiranya anda culas untuk mencarum disebabkan faktor kewangan, dikhuatiri anda tidak lagi dapat menerima manfaat manfaat Takaful.
Medical Rider
Sekiranya anda mempunyai lebihan dan bajet yang sedikit tinggi, Medical Card Rider boleh menjadi antara pilihan.
Ini adalah kerana ianya mempunyai sedikit elemen simpanan dan pelaburan. Walaubagaimanapun, disebabkan carumannya sedikit tinggi, anda harus memastikan anda mampu untuk
Tips:
Untuk mengetahui samada anda mampu untuk mencarum, darabkan caruman bulanan kepada 12 bulan.
Sekiranya anda mampu untuk membayar caruman setahun sekaligus, ianya menunjukkan anda selesa dengan kadar caruman tersebut.
Caruman yang dibayar secara tahunan adalah digalakkan, sekiranya berkemampuan. Supaya perlindungan anda pada tahun tersebut telah terjamin, InsyaAllah.
Caruman bulanan: RM150 x 12 = RM1800
4. Kelebihan
Medical Card Standalone
- Lebih murah berbanding Medical Card Rider
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad
Medical Rider
- Caruman kebiasaannya kekal dan tak meningkat
- Ada elemen simpanan dan pelaburan
- Boleh keluarkan cash value / simpanan*
- Tiada istilah caruman sia sia
5. Kekurangan
Medical Card Standalone
- Tiada elemen simpanan
- Tiada nilai matang sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan
- Kemungkinan tiada “Guanranteed Renewal”. Sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal semasa tempoh perlindungan, tiada perlindungan untuk tahun seterusnya
- Caruman meningkat mengikut umur dan inflasi kos perubatan
Medical Rider
- Caruman tinggi berbanding Medical Card Standalone
- Pengeluaran cash value / simpanan akan effect caruman
Kesimpulan
Jadi, mana satu yang anda patut pilih? Medical Card Standalone atau Medical Card Rider?
Seperti yang telah dijelaskan, kedua dua jenis Medical Card mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad namun inigin manfaat perlindungan untuk kos rawatan dan pembedahan di hsopital swasta, Medical Card Standalone adalah lebih baik.
Sekiranya anda mempunyai pendapatan yang stabil dan lebihan, Medical Card Rider mungkin pilihan yang terbaik, kerana selain anda dapat manfaat perlindungan, anda juga menerima manfaat simpanan dan pelaburan.
* Nota: Simpanan dan Pelaburan di dalam Plan Investment-Linked adalah tidak sama seperti simpanan dan pelaburan di dalam produk pelaburan direct seperti Unit Trust, Saham dan lain lain.
Pilih Medical Card Terbaik yang bersesuaian dengan bajet, keperluan dan objektif kewangan anda. KLIK DI SINI. Pilihan daripada 9 Syarikat Takaful di Malaysia