6 Perkara Yang Medical Card “Tak Cover” Bila Anda Masuk Hospital Swasta

Memiliki Medical Card sememangnya satu keperluan pada masa kini. Dengan kos perubatan yang makin hari makin meningkat, dengan adanya Medical Card, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan rasa aman dan ketenangan fikiran bila memikirkan tentang kos yang perlu dibayar apabila kita terpaksa admitted di hospital.

Namun, adalah penting untuk kita memahami bahawa tidak semua kos perubatan dicover sepenuhnya oleh Medical Card.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi enam perkara biasa yang biasanya tidak dicover oleh Medical Card dan bagaimana anda boleh bersedia untuk menghadapinya.

1. Deposit Ketika Admission

Apabila anda mendapatkan rawatan di hospital swasta, kebanyakan hospital memerlukan anda untuk membuat bayaran deposit sebelum admission ke wad. Jumlah deposit ini boleh berbeza-beza dari satu hospital ke hospital lain. Samada anda gunakan Medical Card sendiri atau syarikat, adalah penting untuk bersiap sedia sejumlah wang tunai untuk bayaran deposit ini, sekurang kurangnya RM300.

2. Deductible

Pakej Medical Card yang terkini, ada yang datang dengan pilihan ‘deductible‘. Deductible ialah jumlah yang perlu anda bayar daripada jumlah bil rawatan keseluruhan. Jumlah deductible ini berbeza di antara syarikat Takaful dan bergantung kepada plan Takaful yang anda pilih.

Sebagai contoh:

Total Bil: RM20,000

Deductible: RM500

Medical Card cover: RM19,500

Balance RM500 anda perlu bayar sendiri masa discharge.

Selalunya Plan Medical Card Standalone ada deductible option ni sebab ianya murah.

3. Co-Takaful / Co-Insurance

Berbeza dengan Deductible, Co Takaful / Co-Insurance ini memerlukan anda untuk membayar sedikit percentage daripada jumlah bil akhir.

Sebagai contoh, jika Co-Takaful adalah 10% daripada jumlah bil, dan jumlah maksimum adalah RM2000.

Bil akhir: RM30,000

10% Co Takaful: RM3,000

Jumlah yang anda perlu bayar: RM2,000

Selalunya, Medical Card yang ada Co-Takaful ni, sumbangan bulanannya lebih murah disebabkan pemilik polisi perlu absorb sedikit percentage daripada total bil akhir.

4. Pre-Admission Test

Dalam era pasca COVID-19, ujian pre admission test seperti RTK/PCR, kebanyakannya Medical Card tak cover.

Kebanyakan hospital memerlukan anda untuk membayar dulu kos ini sebelum admission. Sesetengah hospital minta anda bayar cash dahulu, dan ada juga hospital yang akan masukkan kos dalam bil akhir.

Kena standby sekurang kurangnya RM150 untuk satu test. Contoh, kalau kes yang melibatkan anak, dan dua anak yang admitted, kena sediakan sekurang kurangnya RM300. Kos pre admission test ni berbeza bagi setiap hospital.

5. Perbezaan Harga Bilik

Untuk setiap pakej Medical Card yang anda ambil, kadar Room & Board telah ditetapkan. Ada yang RM150, ada yang RM200 dan ke atas. Sekiranya pakej yang anda ambil, kadar Room & Board adalah RM150, anda akan ditempatkan di wad yang kadarnya RM150 semalam. Selalunya wad yang bilik berkongsi 4 katil.

Sekiranya anda memilih untuk ditempatkan di bilik perseorangan, untuk lebih privasi dan keselesaan, di mana kadarnya RM250 semalam, perbezaan kadar ini anda kena bayar sendiri.

RM250 – RM150 = RM100 / malam

6. Miscellaneous Items

Additonal Miscellaneous Items ni, sebagai contoh seperti admission fees, laundry, lab test, medical reports dan yuran yuran lain, bergantung kepada hospital. Kos-kos ini akan dimasukkan dalam bil akhir dan anda perlu bayar sendiri semasa discharge.

Kesimpulan

Medical Card boleh menjadi aset berharga dalam menguruskan perbelanjaan perubatan sekiranya , tetapi adalah penting untuk memahami limitnya. Mengetahui apa yang cover dan apa yang tidak , dapat membantu anda bersedia secara kewangan untuk perbelanjaan semasa rawatan perubatan.

Dengan mengetahui dan memahami dengan baik fungsi Medical Card, anda dapat mengoptimumkan kegunaannya, dalam masa yang sama memastikan kestabilan kewangan ketika berhadapan dengan keperluan perubatan.


Pilih Medical Card Terbaik yang bersesuaian dengan bajet, keperluan dan objektif kewangan anda. KLIK DI SINI. Pilihan daripada 9 Syarikat Takaful di Malaysia

Scroll to Top