Medical Card sememangnya antara satu keperluan pada masa kini. Dengan pertambahan penduduk, tempoh menunggu di hospital kerajaan menjadi semakin lama. Dalam masa yang sama, kenaikan kos perubatan dari tahun ke tahun, merupakan antara faktor yang menjadikan Medical Card pilihan terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.
Namun, walaupun anda sudah pun memiliki Medical Card, ada beberpa perkara yang anda perlu tahu sebelum menggunakannya. Antara elemen terpenting yang patut anda fahami adalah Waiting Period.
Apa Itu Waiting Period?
Waiting Period ialah tempoh di mana manfaat tertentu tidak dapat diperoleh dengan serta-merta oleh pemegang polisi selepas melanggan pelan Takaful atau Medical Card. Sepanjang tempoh ini, pemegang polisi tidak boleh membuat tuntutan serta merta terhadap syarikat Takaful.
Berapa Lama Tempoh Waiting Period Medical Card?
Secara amnya, tempoh 2 Tahun Pertama adalah tempoh Contestability Period, di mana syarikat Takaful berhak untuk membuat siasatan (Medical Investigation) terhadap sebarang jenis tuntutan dan berhak untuk menolak sekiranya tuntutan kes tersebut meragukan.
Kenapa Waiting Period dan Contestability Period ini ada?
Syarikat Takaful merupakan pemegang amanah kepada tabung Tabarru’, di mana peserta peserta Takaful yang lain menyumbang kepada Tabung ini. Tabung inilah yang digunakan bagi membantu peserta peserta Takaful menjelaskan segala tuntutan tuntutan yang dikemukakan.
Bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam permohonan Medical Card, dan memastikan Tabung Tabarru’ diuruskan dengan telus dan amanah, maka garis panduan Waiting Period dan Contestability Period ini diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia.
Untuk Waiting Period, saya pecahkan kepada hari bagi kefahaman yang lebih mudah.
a. Hari 1 -Hari 30
Tuntutan berkaitan dengan kemalangan dan kecemasan yang akan dilindungi. Contoh: Kemalangan motor atau kereta, jatuh tangga, dan kemalangan kemalangan lain.
b. Hari 31 – Hari 60
Anda boleh menggunakan Medical Card bagi kemasukan wad untuk kes kes Am seperti Demam, Demam Denggi, Diarrhea, dan kes kes Am yang lain serta kes kes yang melibatkan kemalangan dan kecemasan.
c. Hari 91 – Hari 120
Secara Amnya, pada tempoh ini, anda sudah boleh menggunakan Medical Card secara Cashless bagi kes kes kemalangan, penyakit Am dan rawatan Kanser Pesakit Luar.
d. Hari 121 – hari 240
Anda boleh menggunakan Medical Card untuk mendapatkan rawantan bagi kes kemalangan, kecemasan, penyakit penyakit Am, rawatan Kanser Pesakit Luar dan Penyakit – Penyakit Kritikal seperti yang dinyatakan di dalam polisi.
e. Hari 240 (2 Tahun) – ke Atas
Anda sudah melepasi Contestability Period dan anda boleh membuat tuntutan kepada syarikat Takaful tanpa sebarang keraguan dan siasatan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat beberapa bukti di dalam laporan perubatan yang menunjukkan penyakit tersebut wujud semasa atau sebelum tarikh permohonan Medical Card, syarikat Takaful berhak untuk membuat siasatan.
Kesimpulan
Waiting Period dan Contestable Period adalah dua elemen penting bagi mereka yang ingin atau sudah memiliki Medical Card. Tempoh 2 tahun pertama adalah jangka waktu crucial atau terpenting yang akan memastikan penggunaan Medical Card di masa hadapan menjadi lebih mudah.
Oleh itu, anda sangat disarankan untuk mencarum Takaful atau Medical Card lebih awal dan semasa masih sihat, supaya anda dapat tamatkan tempoh 2 tahun dengan lebih cepat.
Selagi bertangguh, selagi itu Waiting Period dan Contestable Period tidak akan bermula.
Pilih Medical Card Terbaik yang bersesuaian dengan bajet, keperluan dan objektif kewangan anda. KLIK DI SINI. Pilihan daripada 9 Syarikat Takaful di Malaysia